Sepuluh(10) Fitrah manusia cantik

April 26th, 2009 by qaisar5255

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.

TUJUH(7) JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

April 19th, 2009 by qaisar5255

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.

Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.

 Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii…. Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?



3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam
.

 Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.

 Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri… harta yang haram. Merompak… harta haram. Melesapkan duit kawan… harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.

 Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

 

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.

Itulah mayat orang yang suka makan riba’.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum

 Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

SEPULUH(10) AMALAN YANG TERBALIK

April 19th, 2009 by qaisar5255

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

LIMA (5) SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

April 19th, 2009 by qaisar5255

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” katanya sambil teresak-esak.

ENAM PERSIMPANGAN

January 23rd, 2009 by qaisar5255

Abu Bakar r.a. berkata, ” Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh menagajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, “….Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya…”

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan.”

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.

source-Ehoza.com-

KISAH NAFSU YANG DEGIL

January 23rd, 2009 by qaisar5255

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : ” Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ” Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah S.A.W : ” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !”.

source-Ehoza.com-

DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH

January 23rd, 2009 by qaisar5255

 

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam

kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang

kaya dengan berkata, “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti

dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.”

 

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang

kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja

gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang

bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.

Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan

orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia

menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam

keadaan yang paling hina.

 

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke

rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang

kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah

tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa

anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis

tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis

tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun

memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

 

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami

hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya

dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga

telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya

menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya

melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, “Aku mendapat tahu bahawa

orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan

tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”

 

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan

tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tibatiba

terdengar suara dari sebelah pintu, “Keluarkanlah tangan kananmu itu

wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti

dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan

kembali akan tangan kananmu itu.”

 

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan

tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam

keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan

menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu

kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka

sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang

bermaksud, “Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia

telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya

dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi

kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa

menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah

S.W.T.”

 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, “Sesungguhnya tetamu itu apabila

dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama

dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”

sumber-iman_iffah-

 

KASIH IBU

January 23rd, 2009 by qaisar5255

Renungkanlah kawan2…

 Orang kata aku lahir dari perut ibu..

 

 Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu

 

 Bila lapar, yang suapkan aku..ibu

 

 Bila keseorangan, yang sentiasa di     sampingku.. ibu

 

 Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

 

 Bila bangun tidur, aku cari.. ibu

 

 Bila menangis, orang pertama yang datang ..ibu

 

 Bila nak bermanja.. aku dekati ibu

 

 Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu

 

 Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

 

 Bila nakal, yang memarahi aku …ibu

 

 Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu

 

 Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu

 

 Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu

 

 Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

 

 

 

 Aku selalu teringatkan ..Ibu

 

 Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu

 

 Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu

 

 Bila bengang.. aku suka luahkan pada ..Ibu

 

 Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “

 

 Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu

 

 Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu

 

 Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu

 

 Bila buat hal, yang marah aku dulu juga Ibu

 

 Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

 

 Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

 

 Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu

 

 Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

 

 Yang selalu berleter kat aku.. Ibu

 

 Yang selalu puji-puji aku.. Ibu

 

 Yang selalu nasihatkan aku.. Ibu

 

 Bila nak kahwin..

 

 Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

 

 

 

 Aku ada pasangan hidup sendiri

 

 Bila seronok… aku cari pasanganku

 

 Bila sedih… aku cari Ibu

 

 Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku

 

 Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu

 

 Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku

 

 Bila berduka, aku peluk erat Ibuku

 

 Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku

 

 Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu

 

 Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku

 

 Bila sambut hari ibu…

 

 aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

 

 Selalu ….. aku ingat pasanganku

 

 Selalu… Ibu ingat kat aku, bilalah anak ku nak datang kerumah ibu….

 

 Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku

 

 Entah bila.. …aku nak talipon Ibu?

 

 Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku

 

 Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Ibuku…………………….!!!

 

 

 

 Untuk Renungan:

 

 

 

 “Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk Ibu?

 

 Ibu bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun dah cukup saya rasa”.

 

 Berderai air mata aku !!!

 

 Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.

 

 Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi..

 

 bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!

 

 * hargai lah IBU kita walaupun di mana kita berada… sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang IBU tidak termampu untuk kita balas sehingga akhir hayatnya…..

KELEBIHAN KAUM WANITA

January 16th, 2009 by qaisar5255

Ramai orang cakap susah jadi wanita Islam, lihat saja peraturan dibawah:

 

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin suami jika nak keluar rumah tetapi lelaki tidak perlu melakukan begitu.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima wasiat kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menanggung kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat pada suami tetapi lelaki tidak perlu taat pada isteri.

7. Talak terletak ditangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang ibadahnya kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai, serta disimpan ditempat yang terbaik.. sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan bersepah. Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

 

1 Wanita perlu taat pada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibunya seorang WANITA.

 

2 Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki perlu menggunakannya untuk isteri dan anak-anaknya.

 

3 Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk,malaikat dan seluruh kejadian ALLAH di muka Bumi ini, dan matinya kerana melahirkan anak adalah syahid.

 

4 Di akhirat kelak, seorang lelaki dipertanggung jawabkan terhadap 4 wanita; ibunya, isterinya, anak perempuannya dan saudar perempuannya. Manakala seorang wanita pula dipertanggungjawabkan terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki; suaminya, ayahnya, abangnya, dan anak lelakinya.

 

 

5 Seorang lelaki perlu bjihad fisabilillah,tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya akan menerima pahala seperti orang yang pergi berperang tanpa perlu mengangkat senjata.

 

WASIAT NABI JUNJUNGAN KEPADA SAIDINA ALI R.A

January 16th, 2009 by qaisar5255

Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia

2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita

3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

 

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya

1) Jujur dalam berkata-kata

2) Menjauhi segala yang haram

3) Merendahkan diri

 

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya

1) Takut berlaku dusta dan keji

2) Menjauhi kejahatan

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

 

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya

1) Merahsiakan ibadahnya

2) Merahsiakan sedekahnya

3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

 

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya

1) Mengawasi dirinya

2) Menghisab dirinya

3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.